Halaman

21 November 2012

Memancing di jeti kuala besut



Cuti sekolah ni memang banyak masa nak update blog ni, almaklum la cuti panjang , tapi idea lak tak de. Hehehe…nak pi mancing  pun kena tengok jadual dulu sebab bini aku kerja. Nak kena jaga anak - anak. Walaubagaimanapun hujung minggu ni aku pulang ke kampung (besut). Ni yang best ni. Bleh la pi mancing. Sorang – sorang pun jadi. Lagipun muara sungai ngan rumah dekat je tak sampai 10 minit nak ke jeti kuala besut. Slalunya aku pi mancing lepas subuh dalam kul 6.45 pagi. Waktu tu memang syok ngan pemandangan yang indah dan menenangkan jiwa.lihatlah keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Ni aku postkan gambar – gambar kat jeti kuala besut. Gambar ni masa aku pi mancing pada cuti hari raya puasa yang lepas.  











20 November 2012

ikatan - ikatan asas memancing


Ikatan-ikatan Asas Memancing

Sebelum kita turun untuk aktiviti memancing, serba sedikit kenalah tahu macam mana nak buat ikatan asas yang kuat dan kukuh. kalau tak gigit jari dibuatnya tengok ikan terlucut. di sini ada beberapa tip untuk ikatan asas memancing.
Dropper_Loop
Ikatan wajip aku gunakan ketika memancing, ini kerana drooper loop ni dapat menyediakan ikatan yang boleh menjarakkan hook dengan main line pada setiap masa. Ini terjadi kerana buku ikatan yang diwujudkan di kiri kanan ikatan ni. selain itu aku juga gunakan ikan ni untuk kaedah flooting kerana ia juga boleh menjarakkan pelampung dan mata pancing. Kelemahannya pula, ada juga jenis tali yang boleh dan tidak boleh untuk ikatan ni disedikan. Pada ketika line yang tidak sesuai digunakan ia akan sedikit menggerinting disekitar ikatan atau line yang terlalu licin akan menyebabkan ikatan tergelincir atau terlucut.

Droper loop Ilustration

[fk_droploop_an.gif]
[Dropper_Loop.gif]

Blood_Bight_Knot1
Ikatan ini selalunya digunakan untuk menyediakan loop untuk sambungan swivel atau Hook berlubang. ini kerana ia mudah, cepat dan swivel yang disambung boleh dibuka semula dengan mudah. Kadang kala aku juga gunakan untuk sambungan batu ladung ke perambut. Tetapi kelemahannya sedikit kurang kemas untuk pancingan ikan yang biasa diasak pemancing kerana perambut akan sedikit berserabut.



[Blood_Bight_Knot1.gif]


clinch_knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.




[clinch_knot.gif]

Midknot
Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Ini kerana ketiga sessi pancingan untuk teknik ni, tali sepatutnya boleh keluar tanpa sekatan. Sekiranya sambungan menggunakan swivel, leader sepanjang 2 atau 3 depa tidak dapat diaplikasikan.Kelemahannya pula ikatan sedikit rumit dan lambat untuk disediakan.

[midknot.png]

Improved-trilene-knot & improved clinch knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan lebih kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.

[improved-trilene-knot%20.gif]
improved clinch knot




Hangmans_Knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.
[Hangmans_Knot.gif]



gt knot
Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Selain ikatan Midknot seperti yang diterangkan seperti diatas ikatan ni boleh juga digunakan. Ini kerana ia mudah sedikit dari ikatan Midknot dan cepat disediakan. kelemahanyanya pula ada sedikit buku ikatan ditinggalkan dan ia boleh menganggu jarak balingan maksimum.
[gtknot%20.gif]



Blood Knot.
Untuk ikatan yang cepat dan pantas untuk menyambungkan 2 line. tetapi dirasakan tidak sesuai untuk sambungan braided kerana selain halus, braided juga licin untuk dpatkan grip ikatan yang baik.
[Blood+Knot.gif]
Sebaiknya kita memahirkan ikatan, kerana sekiranya kita terkial-kial mengikat atau menyediakan perambut ketika bot sedang beroleng boleh menyebabkan kita mabuk laut!!.selamat mencuba...

19 November 2012

Hobiku memancing

Hobiku memancing

setiap orang ada hobi masing - masing, begitu juga ngan aku. Hobi aku memancing. tidak kira apa pun, sebulan sekali mesti aku cari port - port untuk melabuhkan mata kail aku.....hehehe. kalau tak dapat pancing kat laut aku pancing pantai kalau tak pancing kat paya. yang penting penangan tarikan ikan tu yang syok...hehe. so ini blog aku yang pertama khas untuk kaki pancing amatuer macam aku.