Halaman

3 September 2013

        Pada hari jumaat  lepas iaitu tanggal 30/8/2013, aku sekali lagi bersama - sama rakan memancing turun ke jambatan pulau pinang. Macam biasa, sebelum turun memancing kami akan sediakan barang - barang yang akan dibawa nanti. Barang - barang tu tak perlulah aku sebut kat sini memandangkan ramai blogger - blogger yang kaki pancing tu telah postkan  di blog masing - masing berkenaan barang - barang yang perlu dibawa ketika memancing.
       Sebelum ni aku sering juga turun memancing bawah jambatan pulau pinang tu, tapi waktu siang saja dan aku tak pernah memancing pada waktu malam. Untuk kali aku memancing pada waktu malam, saja nak tukar angin. Member aku ni cikgu amir selalu juga memancing waktu malam di bawah jambatan tu. jadi aku tak risau sangatlah sebab dia lebih tahu situasi waktu malam.

                                          Suasana bawah jambatan pada waktu malam......

      Aku bertolak dari jeti  perai pada pukul 7.40 malam, sempat jugalah aku solat maghrib dulu kat jeti tu. kami menaiki bot bersama - sama dengan pemancing lain, kira penuh gak la bot tu. kami memilih tiang 43, abang zam tekong bot kata tiang yang kami duk tu, selalunya kaki - kaki pancing  selalu naikkan jenahak dan merah bersaiz yang boleh mengembangkan lubang hidung....jadi harap - harap kami dapat le hasil yang kebaboom nanti..
      kami sampai di tiang 43 lebih kurang dalam pukul 8.00 malam, sesampai je kami di tiang 43 tu, kami siapkan kelengkapan memancing. cikgu amir memenuhkan air ke dalam kolam, dan kami menggunakan  apollo mencari umpan hidup....Alhamdulillah pada malam tu banyak gak ikan kasai yang kami dapat. jadi apa lagi kami labuhkan pancing menggunakan umpan kasai. tak sampai 5 minit joran cikgu amir disentak dengan kuat sampai melentur, apabila dikarau naik ternyata umpan habis diragut, namun apa yang mengejutkan kami tali perambut yang menggunakan dropper looper (double) 40lb putus. kami jangkakan munagkin ikan alu- alu atau barracuda yang menyentap umpan.......
      Lepas itu ikan gelama pula mengganas, tension.... tension....umpan kasai pun sang gelama mengacau...hebat tul lah gelama ni.....apa lagi aku tukar satu joran menggunakan mata kail kecil dan menggunakan umpan isi termenung.....tak dan nak labuh umpan sampai dasar, sang gelama terus meragut umpan. apa lagi aku menyentaplah dan mengarau. dapat lah sang gelama bersaiz tiga jari aku....banyak gak dapat gelama ni...aku buat umpan untuk menjerat ikan - ikan monster ....hehe...bila dah dapat banyak gelama, aku stop sat memancing...aku solat isyak. Setelah selesai solat, kali ni aku tukar teknik pancingan lak...aku pasang reel BC aku untuk casting..aku menggunakan gewang jenis "minnow"  selaman dalam. Sambil - sambil casting tu, aku jenguk - jenguk gak kot kot joran ditarik ikan..Pada pukul 11.30 malam, sedang asyik aku duk casting tiba - tiba satu joran aku yang menggunakan kekili jenis banax iris ditarik kuat sampai tergantung. aku cepat - cepat menarik joran tersebut, ternyata ikan dah terkena....hehehe....apa lagi bermulalah aksi yang mendebarkan....joran aku sampai terlentur dengan kuat menahan asakan ikan yang ganas..member aku cepat - cepat mengambil kancu. kami sama - sama menunggu ikan naik permukaan air.
             Masing - masing "excited" menanti ikan apa yang terkena mata kail. Setelah ikan berada di permukaan air barulah nampak bayang - bayang kemerahan....hehehe...ternyata ikan yang aku dapat ikan merah bersaiz yang boleh mengembangkan lubang hidung....hehehe. Bila dah di permukaan air, apa lagi member aku terus menggunakan kancu untuk menaikkan tersebut....Alhamdulillah dapat gak ikan merah bersaiz 1.5 kg...
     Setelah itu joran member aku lak ditarik ikan. apa lagi dia terus berlari mendapatkan joran tersebut....ternyata memang ikan dah terkena. maka bermulalah aksi tarik menarik dengan ikan kat bawah tu. aku terus pergi mengambil kancu..namun member aku terus menaikkan ikan ke atas tanpa sempat aku mengambil kancu...walaupun ikan ikan yang member aku dapat ni tidak sampai 1kg, namun cukup dimakan untuk 3 atau 4 orang sampai kenyang....hahaha...memang betullah kata tekong bot abang Zam tu, tiang 43 ni memang lubuk ikan merah...sebab sebelum ni pun aku pernah dapat ikan merah di tiang yang sama.
         Antara pukul 4.30 pagi...aku dah rasa mengantuk, so apa lagi aku lelap jap untuk beberapa minit. member aku masih lagi check umpan pada pancing. Setelah terjaga, aku terus bangun dan check umpan pada pancing dan menukarkanya dengan umpan yang fresh. Ni giliran member aku lak tidur. Jadi aku  terus berjaga selang 5 minit lepas member aku lentok.....tiba - tiba joran member aku ni ditarik kuat sampai melayang ke bawah. Mujurlah ada tali insuran  elak joran jatuh ke dalam air. Aku mencapai joran tersebut dan menahan asakan ikan yang ganas. Kali ini asakan berbeza sedikit dengan ikan merah. Dalam hati aku, ni mungkin bukan ikan merah, tali pancing di bawa ke depan , belakang , kiri dan kanan. memang ganas ikan ni. Aku memanggil member yang sedang lena dibuai mimpi supaya membawa kancu...namun dia tidak terjaga. apa lagi bila ikan dah dipermukaan air aku terus menaikkan ikan tersebut sekuat tenaga. Nasib baik lah tali perambut tidak putus....Alhamdulillah dapat juga ikan alu - alu (barracuda) ditewaskan.
        Setelah berjaya menaikkan ikan tersebut, barulah aku mengejutkan member aku yang tidur lena tu..terkejut gak member aku tu, apa tidaknya, jaga - jaga dari tidur je tengok - tengok ada ikan depan mata....hehehe.....Setelah itu tiada lagi asakan ganas ikan, namun hanya ada asakan ikan gelama mengacau umpan je yang ada. Setelah masuk waktu subuh kami menunaikan dulu kewajipan kepada Maha Pencipta. Apabila selesai solat subuh, kami masing - masing check umpan pada joran dan menukarkanya dengan umpan baru. Pada pukul 10.30 pagi kami bertolak balik dari jambatan ke jeti perai dengan tangkapan yang membanggakan.....InsyaAllah lain kali kami akan cuba lagi di tiang 43 ni.....tungguuuuuuuuuuu