Ikatan-ikatan Asas Memancing
Sebelum kita turun untuk aktiviti memancing, serba sedikit kenalah tahu macam mana nak buat ikatan asas yang kuat dan kukuh. kalau tak gigit jari dibuatnya tengok ikan terlucut. di sini ada beberapa tip untuk ikatan asas memancing.
Dropper_LoopIkatan
wajip aku gunakan ketika memancing, ini kerana drooper loop ni dapat
menyediakan ikatan yang boleh menjarakkan hook dengan main line pada
setiap masa. Ini terjadi kerana buku ikatan yang diwujudkan di kiri
kanan ikatan ni. selain itu aku juga gunakan ikan ni untuk kaedah
flooting kerana ia juga boleh menjarakkan pelampung dan mata pancing.
Kelemahannya pula, ada juga jenis tali yang boleh dan tidak boleh untuk
ikatan ni disedikan. Pada ketika line yang tidak sesuai digunakan ia
akan sedikit menggerinting disekitar ikatan atau line yang terlalu licin
akan menyebabkan ikatan tergelincir atau terlucut.
Droper loop Ilustration
Blood_Bight_Knot1
Ikatan
ini selalunya digunakan untuk menyediakan loop untuk sambungan swivel
atau Hook berlubang. ini kerana ia mudah, cepat dan swivel yang
disambung boleh dibuka semula dengan mudah. Kadang kala aku juga gunakan
untuk sambungan batu ladung ke perambut. Tetapi kelemahannya sedikit
kurang kemas untuk pancingan ikan yang biasa diasak pemancing kerana
perambut akan sedikit berserabut.
clinch_knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.
Midknot
Ikatan
untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Ini kerana
ketiga sessi pancingan untuk teknik ni, tali sepatutnya boleh keluar
tanpa sekatan. Sekiranya sambungan menggunakan swivel, leader sepanjang 2
atau 3 depa tidak dapat diaplikasikan.Kelemahannya pula ikatan sedikit
rumit dan lambat untuk disediakan.
Improved-trilene-knot & improved clinch knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan lebih kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.
improved clinch knot
Hangmans_Knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.
gt knot
Ikatan
untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Selain
ikatan Midknot seperti yang diterangkan seperti diatas ikatan ni boleh
juga digunakan. Ini kerana ia mudah sedikit dari ikatan Midknot dan
cepat disediakan. kelemahanyanya pula ada sedikit buku ikatan
ditinggalkan dan ia boleh menganggu jarak balingan maksimum.
Blood Knot.
Untuk
ikatan yang cepat dan pantas untuk menyambungkan 2 line. tetapi
dirasakan tidak sesuai untuk sambungan braided kerana selain halus,
braided juga licin untuk dpatkan grip ikatan yang baik.
Sebaiknya
kita memahirkan ikatan, kerana sekiranya kita terkial-kial mengikat
atau menyediakan perambut ketika bot sedang beroleng boleh menyebabkan
kita mabuk laut!!.selamat mencuba...